Pages

Showing posts with label fayyadhridha. Show all posts
Showing posts with label fayyadhridha. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

kelebihan menyusukan anak

1) Susu ibu mudah di hadamkan.


2) Susu ibu tidak mengandungi bahan kimia

3) Menjimatkan kos dan masa

4) Mengurangkan risiko kenser payu dara

5) Mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan           bayi. 80% dari sel susu ibu adalah macropaghes -iaitu sel yang membunuh bakteria,fungus dan             virus.

6) Mengandungi nutrisi yang baik

7) Mengurangkan risiko ibu mendapat keser ovari

8) Membantu mengurangkan berat badan kerana setiap kali sesi menyusu ia akan membakar 
    500 kalori sehari

9) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi- meconium adalah sejenis lendir               melekit yang sedia ada dalam usus bayi. kolestrum @ susu awal ibu dapat membantu mengeluarkan     lendir tersebut.

10) Dapat memelihara bayi dari penyakit yang berkaitan dengan usus.

11) Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan         tekanan darah  sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.

12) Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa             yang sama  mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.

13) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan)            akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

14) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-          maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan                   memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

16) Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T      memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

17) Mengeratkan lagi perhubungan antara ibu n anak..
 
      -------------------------------------------------------------------
 
aku anak no 2 nie agak longgar sikit obses nak banding anak no 1 
aku lebih steady 
mungkin itu org kata.. pengalaman untuk dirasai 
so camne pahit manis yg kita lalui semasa besarkan anak no 1 kite apply pada anak no 2
n mana2 kita rasa kite agak OVER pada sesuatu.. kita kurangkan la.. mengikut kesesuaian anak.
alhamdulilah 
mcm org semua kate..anak no 2 lebih cool...lebih relax ..dan sgt menenangkan 
wafir behave .. 
kdg2 dia kasi can dulu ibu setelkan abg fayyadh 
dah setel br dia dtg nak manje2
comei sgt...
fayyadh garang... semua org dia nak marah... hahahah time lembut dia masa... 
"ibuuuuuuuu...... nak nenennnnnnn"
hahaahhahaha

aku mmg percaya bonding yang semua org perkatakan pasal susu ibu ...
bila kita susukan anak... bonding antara anak dan ibu sgt kuat.. 
smp aku x mampu nak lalui saat wean off
:'( 

nanti aku bukak topik wean off la yer... 
nie pun menaip smp meleleh airmata.. 

belanje satu gambo wafir 


Sunday, May 25, 2014

Keluar nanah dari telinga fayyadh ..

sebelum cerita panjang meh kita bermukadimah dulu

Acute Otitis Media - Gejala telinga bayi bernanah 

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum.

 

--------------

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.


Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut. 


Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 


• membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring; - faberet baby syirah nie

• menggunakan susu formula bukan susu ibu; - baby syirah susu campur

• mengguna puting; - oppss...anak saya diharamkan menggunakan puting

• pendedahan kepada asap rokok; - baba sekarang merokok di luar rumah. Kalau merokok luar pagar boleh x ? nak lagi afdal, berhenti merokok terus !

• menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga. 

Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.


Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?

Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.

Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.
Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda. 

-------------------------------------------------------

 ok cerita bermula 
ikut kn satu malam tuh fayyadh gelisah tak boley tido... 
dia dok mngerang 
dok mengadoi 
dok bising 
pastuh dok suh tiup telinga dia (mak dia nie raja bomoh. kene tiup dia ilang sakit .kuikui)
dia kater sakit sakit 

then aku kejut hasben ..kul 5 pgi kitaorg gi klinik... doktor kater benda nie biasa jadi kt budk2.. then dia kasi ubat titik... 

aku lega la.. menda biasa...


tapiiii
esok air biasa kuar.. cam nanah or tah cam taik tinge cair gitu
neves la makk... 
tp fayyadh x ngadu sakit 
main aktif 
makanselera
tukar g klinik lain.. 
then akhirnyer ke klinik normah damansara damai
situ doc sedut air tuh.. then dia bg app seminggu then jmp blk.. 
tp air or nanah pun masih kuar gak 
akhirnyer doc kasi refer letter ke hospital 

aku pilih KPJ DAMANSARA
check bahagian ENT
dengan DR AWAL HASSAN
skrg da 5hari mkn ubat n aku tgk da xde air kuar 
so  awal june akan ada review blk ..hopefully okey

so apepun.. 
JGN KENAKAN AIR PADA TELINGA
JGN SELSEMA LAMA
JGN SUSUKAN DIA RENDAH DIBAHAGIAN KEPALA




 

 

Wednesday, February 5, 2014

TANDEM NURSING kepada aku

tak senang hokey .. kau ade anak x smp 2taun pastuh kau preggy plak *dah sape suh gatal ;p*

sesungguh nyer menyusukan fayyadh masa aku preggykan wafir sgt mencabar..
dengan ckp2 org
dengan halangan dr diri aku sendiri
dengan org tua suh berhenti kan

SGT MENCABAR!

tapi aku berdoa siang malam.. adik abang okey..
kesihatan aku dlm keadaan baik
dan masih ada rezeki susu tuk kedua nya

time preggy nipple kiter akan jadi super sensitif.. kembang dan nipis..
pastuh dpt anak br ade gigi.. dok la nak megigit..
bape kali gak aku marah fayyadh sebab sakit.. tp pastuh aku pujuk hati..
menahan pedih time dia menyusu mmg seksa..
tp aku pujuk hati dan sabarr
sebab aku yakin dan percaya
ALLAH akan bantu aku cuma aku perlu berkorban sikit..

9bulan melalui proses menyusukan anak sambil preggy bg aku mmg sgt menguji..
tp aku sendiri tak percaya aku dah melalui saat getir tu

orang tua pun x kasi ikutkan susukan anak time mengandung..
tp aku cuma senyum je
senyum
senyum
senyum
smp ke 9bulan malah sehingga skrg

minggu depan cukup fayyadh 2tahun
aku berjaya melaksanakan hak dia
TAK SANGKA
walopon susu ada kala turun ada kala naik tp aku berjaya
*touching smp nanges*

dan skrg.. abang dan adik tandem nursing
comel tau
time susu derang main cuit sesama derang
abg kiss tgn adik
adik cuit pipi abg
ini yang aku nak

dan aku percaya
mereka berkongsi sesuatu yang ANUGERAH dari NYA
dan akan terus kekal berkongsi semua dlm idup mereka..
bonding tuh yg aku impikan sejak awal

ALHAMDULILAH
ALHAMDULILAH

TERIMA KASIH ALLAH ;)

aku hanya ibu yang tak punya apa2 tp berusaha tuk jadi ibu yang terbaik

pssttt... tandem kasi cepat kurus tauuuuuuuu

kihkihkihkihkih 

Wednesday, June 19, 2013

Mydin Clerance + sukun goreng

semalam pasar kt area tmpt aku tinggal tuh..
so masa lalu org jual sayur2 kampung..
teringin plak la ngan sukun.

so gigih la pagi nie gi goreng sukun beli semlm
dah la fayyadh tantrum malam td.. tido manjang la x kene.. tah nape tah..
aku suspek dia panas..
sebab malam sebelum tuh dia xnak tido pakai baju
kemain la bujang tuh ..perut kembung masuk angin.. ibu dia gk yg susah

ini la hasil sukun yg telah siap sedia digoreng..






 sukun goreng kali nie mmg rangup.. 
aku dpt tips 

kalau nak goreng n dapatkan tepung yg ranggup 
kiter kene campurkan tepung bancuhan kite ngan minyak panas..
sikit je.. 
tp mmg ranggup sama la org jual pisang goreng tuh...
hehehe 


tak johor la kalo xde sambal kicappp         






 sambal kicap aku super simple..
tp simple2 pun hasben suke..
kdg2 ade org buat sgt complicated

sambal kicap aku org sambil tido pun ley buat
2 ulas bawang putih
5 batang  (erkk batang ker?) cili api 
gula satu sudu 
kicap secukup rasa 
siapppp..


cukup menghilangkan rasa teringin heheh











pagi2     dah kene mandikan fayyadh sebab sebab ticer dia da sms yg taska xde air smp hari khamis.. so pepagi abah dia dah kene belika air mineral tuk minum..
n aku bekalkan air paip 5liter (hampir suku tumpah dlm kete)
skrg dia sgt pandai main memek muke..
untuk korg yg dah tau pasal MYDIN CLEARANCE dekat jalan tar tuh mesti tau semua brg down 50% 

SEMUA BARANG TAU....
so aku pun menyinggah lah gi ke sana 
(hasben da warning siap2 ..kalo kaki aku sakit or cramp malam nie SIAP!)
attention aku lebih pada baju2 fayyadh je la 
sebab mak buyong nie ngah super kembang 
nak pakai bju ape pun tak tau 
hahahah

so belek2 la kt each level.. ade yg berbaloi dibeli n ade yg rase x beli pun xpe.. 
pilihan mmg takde lah 
tp murah kan
ape aku kisah..
tp disebabkan fayyadh nie seorang yg slim shady.. 
maka byk baju tak melepasi kriteria tubuh badan dia
TENSION!
so pada mak2 yg anak2 chubby dan semangat.. 
byk baju3 murah menanti anda
hahaha

area baju2 budak

pun same.. area budak2 


 nie jela hasil rembatan utk fayyadh

seluar belang2 dua-dua rm3.90 
singlet biru rm5
tshirt rm7
sepentot mak rm20

then total ditolak ngan 50%

maka aku hanya belanjekan RM20.30 je kt mydin 

heheh aku juz dpt spentot maternity.. 
tp xde la beli yg maternity 
aku beli yg 4XL
hahahahahahaha
lantaklah besa... yg penting masa preggy nie
KESELESAAN!!

oh ye...td borak2 ngan pekerja mydin, dia kater byk lg brg akan dikuarkan
mereka limited staff nak bawak kuar brg.. so mungkin jumaat derang dah ready tuk kuarkan btul2.. 
so korg ade masa untuk terjah...
lg2 yg nak carik brg2 tuk raya
mmg murah2 
clearance nie smp 9.july.2013


 
sekian melaporkan

Wednesday, May 29, 2013

Cinta Bersatu



berjaya crack satu software!!! 

hehheeh

boring2 ptg rabu nie.. 

so enjoy la gambo keluarga kami yg kecik ini ... 

:)

Wednesday, May 15, 2013

Perkembangan anak (1 -2 tahun)

Perkembangan anak (1 -2 tahun)

Mendengar lantunan beberapa patah perkataan keluar dari bibir si kecil merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa. Bersama NORZEHAN NGADIRON mengetahui perkembangan bahasa dan komunikasi si kecil.

Bahasa merupakan satu kod yang mengandungi perkataan. Bagaimana pula caranya untuk menghasilkan perkataan dan menggabungkan patah perkataan menjadi sebaris ayat yang sempurna. Ucapan adalah suatu bentuk bahasa lisan.

Setiap kanak-kanak memiliki keunikan dan kadar perkembangan komunikasi yang tersendiri (berbeza-beza). Si kecil lazimnya tidak mampu menguasai kesemua kebolehan sehingga mereka mencapai tahap umur yang tertentu. Oleh itu, anda tidak harus menganggap si anak mempunyai 'masalah' jika pada satu tahap dia tidak menguasai salah satu kebolehan yang seharusnya dimiliki kanak-kanak seusianya.

Dalam menguasai kebolehan bertutur (komunikasi), kanak-kanak berusia 1-2 tahun akan mula menggunakan lebih banyak perkataan berbanding pada usia 7 bulan - 1 tahun. Jika sebelum ini, si kecil akan berusaha menarik perhatian anda dan orang sekelilingnya dengan membuat bunyi yang ada kalanya panjang dan pendek seperti 'tata, upup dan bibibibi'.

Pada usia 1-2 tahun, kanak-kanak mula menggunakan satu ke dua perkataan berbaur persoalan. Misalnya 'Mana Kitty?', 'Apa tu?', 'Pergi mana?' Malah si kecil juga lebih bijak menggabungkan dua patah perkataan dalam pertuturannya , seperti 'nak biskut', 'hendak minum', 'buku mama' dan sebagainya. Bahkan, setiap kali ingin menyebut sesuatu, dia akan menggunakan pelbagai konsonan di permulaan ayatnya.

Ketika mengucapkan sesuatu, anak anda akan memusatkan pandangan matanya ke bahagian badan yang anda sebutkan seperti mata, tangan, telinga dan bibir. Malah dia juga akan melihat kepada objek yang terdapat pada buku apabila anda menyebutnya. Anak anda juga berkemampuan memahami arahan mudah yang diberikan kepadanya. Jika tidak percaya, cuba ujinya dengan persoalan seperti 'Mana Kasut Lily?', 'Ambilkan bola itu?', 'Cium mama'.

Oleh kerana kanak-kanak pada umur begini agak tertarik kepada buku cerita, lagu-lagu dan bunyi muzik yang mudah dan menarik. Anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk mempelbagaikan lagi perkataan mudah agar anak anda mampu mengulangi dan mengingatinya.

AKTIVITI MERANGSANG SI KECIL BERTUTUR
Aktiviti yang sesuai digunakan untuk merangsang perkembangan pertuturan anak-anak sejak lahir hingga mencecah dua atahun adalah seperti berikut:
- Aktiviti mengenal warna
- Mengira objek
- Menggunakan pergerakan seperti melambai tangan sambil mengucapkan 'selamat tinggal'
- Bercakap dengannya ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara bersamanya seperti sedang memandikannya, memberi makan, menyusu atau ketika bermain dengannya
- Kenalkan si kecil dengan bunyi haiwan dan terangkan dengan lebih spesifik tentang haiwan tersebut
- Membacakan buku cerita kepada anak-anak. Pilih buku yang memuatkan gambar yang besar, menarik dan berwarna-warni. Buat sesi bersoal jawab melibatkan gambar di dalam buku cerita tersebut untuk merangsang mindanya

TAHUKAH ANDA?
Penggunaan televisyen juga boleh merangsang perkembangan bahasa bagi si kecil. Anda perlu bijak memilih program TV yang sesuai dengan tahap perkembangan umur anak anda

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2007
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
untuk perkembangan fayyadh yg dah berumur 1tahun 4bulan nie... 
fayyadh dah BERLARI... jalan masih terumbang ambing.. tp nak larik jugak tuh 
fayyadh dah boley ckp ABAH,ATOK,NAK,TAKNAK,MANA sgt jelas... xde pelat2...
fayyadh dah pandai bebel bile mood dia x elok... bebel cm org tua tuh.. tp bijik butir langsung yana tak paham 

tapi fayyadh tak pandai panggil IBU....

dia panggil................











NAAAAAAAA....... 

heheheh

xtau mane dia belajar... klo kt sopping mall tuh kalo yana ilang dr pandangan mata dia... dia jerit.... NAAAAAAAAAAA..... *pitamssss* 



hopefully fayyadh terus berkembang dengan pesat dan baik dari segi pimikiran,otak serta badan heheeh 



Tuesday, May 7, 2013

Dah 3bulan ber ILHAM

lame menyepi ... byk la benda2 nak tulis taip kekangan masa n mood yg menggangu...

biasela nak menharungi 1st trimester yg sgt mencabar maka mmg la lambat laun nak menulis... bulan pertama nie...muntah mmg jgn ckp la... mual saje... then makan pun x bape nak ade selera... kurus plak preggy kali nie... uhhuhu lebih kurus dr masa lepas pantang... selera makan mmg OUT mmg larik lintang pukang... tgk sume benda xde yg sedap nyer... sume x sedap sajeeee...

malas nak citer pasal mood swing nie... ekceli entry nie dah lame nak taip tp br skrg ade mood hehehe ampunnnn

bermula fayyadh 1tahun yana da tukar susu dia jadi susu ilham...ekceli sebelum 1tahun lagi dah pakai susu ilham nie... tp masih campur2 ngan anmum... maka genap 1tahun mmg yana dah tak beli anmum lagi n mengunakan sepenuhnyer ILHAM

dah tak bf ker??? ekceli fayyadh masih df lg ngan yana... cume skrg yana dah x pam... so susu pun merundum.. maka terpakse la cari bantuan dgn ILHAM ... alhamdulilah fayyadh sesuai ngan susu nie.. berat badan dia naik n poo poo pun senang.

skrg 1kotak kt taska... 1kotak kt umah... 1kotak rm48 650gm tahan untuk 2minggu... so sebulan yana akan beli 4kotak utk keperluan fayyadh.

meh kiter tgk ape kelebihan susu ilham nie

Susu

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.

Komposisi dan khasiat

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Badam:

BadamBadam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma:

Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Kismis:

KismisImam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.

Terapi Al-Quran

Al-QuranJunjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.
Konsep rawatan Islam berteraskan Al-Quran tidak boleh disabitkan dengan kajian sains kerana ia berlaku atas dasar mukjizat dari langit. Segala rawatan adalah berkonsepkan doa semata-mata dengan sedikit pengolahan cara seperti menulis ayat-ayat Al-Quran pada pinggan putih yang dilarutkan selepas itu dengan air, membaca ayat-ayat tertentu kemudian ditiup pada air dan juga dengan cara membaca ayat-ayat tertentu sambil mengurut-ngurut tempat yang sakit. Maka penyembuhan itu terjadi bukan kerana ayat-ayat tadi, tapi ia adalah kemaqbulan doa perawat / pesakit daripada Allah s.w.t. Justeru, rawatan yang berkesan adalah hasil dari pengharapan yang tidak berbelah bagi lagi terhadap janji Allah kepada hambaNya yang berdoa.
Penyediaan Susu Ilham menerapkan 30 juzuk Al-Quran dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti anak anda terpelihara. Insyallah
 
------------------------------------------------
 
nota kaki yana : sekurang2 nya kiter cube menyokong produk muslim kan ?? peace!

Wednesday, February 20, 2013

Setahun sudah...

alhamdulilah,

sebelum tuh marilah sama2 kiter buang habuk sarang blog..heheh...kehidupan menjadi mak2 ni menuntut aku sangt busy smp xde masa update blog! gituuuu

akhirnyer fayyadh sudah pun setahun...

pejam
celik
pejam celik

skrg dia dah jalan!!

aduyai comelnyer la budak kalo kecik pandai jalan

ngan bontot penuh pampers!

ngan kaki kedek2

n paling best.. dah pandai wat aksi tuk ajak aku masuk tido.... skrg pimpin tgn u oll!

alhamdulilah

indahnya menjadi seorang ibu

walaupun x SENANG

tapi taklah seSUSAH mana

apa kita risau ALLAH swt sentiasa bersama kita!

aku nie kalo nak citer pasal anak ke family ke mmg cpt nyer la touching! hahaha
*dasar typical mak2*

MUHAMMAD FAYYADH RIDHA

selamat hari lahir ke SATU!

semoga menjadi anak yang soleh, menyenangkan kedua ibu bapa, bijak , cerdas cerdik , sihat sentiasa dan tetap iman di jalan ALLAH.

Amiin!

Kalau seluruh dunia rasa dia bukan sesiapa
dia adalah ANAK saya!

eh nanges plak!



byeee!

Sunday, January 6, 2013

Kurma! Nyah ko nestum!

mak aihh super bersawang nyer blog...lama ku tinggalkan ...tah kenape...mood menulis x bape nak ade lately..n kdg2 dah tekan pun new post...tp ku biar je kosong...kosong...ongg onggg gedek2

hahah

okey kali nie nak cter pasal baby food or makanan baby...mane2 yg ade npk yana update pasal makanan fayyadh dulu...(dlm umo dia 6-7bulan gitu) passs tuuuu lsg xde update kerana fayyadh makan nestum....oh no! jgn la marah yana sebab kasi anak nestum..dia yg reject gile2 bubur... n puree..sedih tauuuu....

sekali yana mtk lah pandangan ibu2 lain pasal makanan baby nie...n derang suggest kan kurma n kismis...kebetulan mmg ade kurma kt rumah...maka yana pun try la... tgk2 ya allah makan dengan penuh berselera sungguh anak.... *terharu mak tau...nanges2 smp tgk anak makan sungguh selera*

skrg leh la mulakan menggemokkan fayyadh *dah org kater kurus nyer kurusnyer*

yeah!!!


so ibu-ibu mommy-mommy mama-mama -ummi-ummi

jgn give up!! kiter cube selagi boley... hip hip horray!!


Monday, October 15, 2012

8bulan yang happening!





 Fayyadh Ridha 
da 8bulan!!

yeahhh!!
da pandai da memanjat2
da pandai nanges bile org nak amik dia
dah pandai kejut mak pak dia bgn tido 

LUV U BABY!


 











gambo mak pak pun nak enterprem!

heheeheheh

 

Tuesday, September 4, 2012

Menu bubur + brokoli + ayam + sawi




raya nie byk btul open house...tp x semua dpt pegi uhuhhu.. sebab skrg tak leh main aci redah je...nak mandikan fayyadh la...itu ini sume pasal dia dulu diberi keutamaan..

skrg dia da pandai duduk...lasak ya allah...anak lelaki kan...penat betul nak melayan..sume benda nak ditarik...nak suh baring xnak...tp kengkadang yana pun suke sakat dia..buat sore tinggi2 then nanti muke dia cebik2! haih indula anak...cepat2 la balik keje...tak sabo nak cium dia..


so kali nie menu fayyadh byk sayur hijau...bukan ape..senang sikit nak poopoo nanti...x lah dia susah nak meneran


Menu bubur + brokoli + ayam + sawi

beras segenggam 
1 pokok kecik brokoli
2-3 batang sawi
ayam sedikit 

Asal nak ajak makan je wat muke encem... 













nak makan bukak baju...kepanasan sebenarnyer dia nie... skrg kan musim panas 
*nampak nenen*


kasihan la anak...sume sudu makan dia tinggal dekat kampung

saya dah kenyang *ape masalh aku asyik amik gambo gegar je nieee*


horray dah pandai duduk!!!

Sunday, September 2, 2012

Menu Bubur + Carrot + Kentang + Ikan Bilis

kebanyakkan entry selepas adalah entry makanan fayyadh mengikut umur dia.. disebabkan yana dah start kasi solid food...maka ibu nie pun kene la rerajin masak kan utk anak dia biar membesar bagai johan! (bukan acaner tuh johan)

sebelum2 nie yana lebih byk kasi plain poridge yg blend je.... tak campur pape lagi ...then tgk poopoo dia oke...so tuh yg start campo ngan lain2 memandangkan fayyadh pun nak masuk 7bulan da minggu depan


Menu Bubur + Carrot + Kentang + Ikan Bilis

1 genggam beras
1/2 carrot - potong dadu
1/2 kentang - potong dadu
7ekor ikan bilis (buang tulang kecik2 n rendam dlm air suam tuk hilangkan garam)

kemudian masak bersama... 

dah masak blender la... 

siapppppppp

sempat snap dah nak habes je...lupooo nak snap awal...

citer pasal blender...yana x beli pun blender tuk makanan baby tuh...heheh yana beli blender biasa je...cume asingkan dr yg at blender2 lada ngan tuk makanan fayyadh 

ikan bilis nie manis sikit nak bandingkan dengan ayam...yana tgk fayyadh laju lagi makan kalo ade ikan bilis nie... 



fayyadh mmg suke makan then menyembur2 kuar...gerammmm 

okey...dah kenyang makan...ibu dah lap mulut ngan muke2 skali..

 

okey da kenyang!!! 


Tuesday, August 28, 2012

IBU JGN NAK OBSES SGT!

mood raya masih menebal dan aku pun masih belum lagi kemana rumah kawan tuk beraya..taun nie kerajinan utk beraya tinggi sebab saje nak melawat rumah kawan2 nak carik duit raya fayyadh byk2

 so pada sesape yg buat rumah terbuka tuk sila lah jgn segan silu yer jemput kami sekeluarga dtg kerumah..dan sediakan makanan yg enak2...juga pada mereka yg nak dtg rumah...tahun nie aku bukak rumah untuk tetamu dtg..huhuh tp maapla sebab umah kecik je...huhu..( sogan gitu ) 

kali nie aku terase nak berblog pasal 

IBU OBSES


tapi sebelum ape2 aku nak highlight kan disini aku takde merujuk kepada sesiapa individu..or kepada sesiapa pun yg aku kenali. penulisan ini adalah atas dasar pengalaman sendiri..

1. SUSU

aku rase pernh blog kan pasal susu... setiap ibu ade yg kasi anak fm ..ade yg kasi anak bf..itu terpulang..pilihan anda..mane yg tak dpt kasi bf..fm membantu...n jika anda boleh bf..itu BONUS!
jgn terlalu OBSES dan berfikir yg bukan2 pasal susu yg diberi pd anak2 mereka..ye..anak mereka bukan anak anda..so pada aku simple je..kalo pegangan kite mengatakan bf tuh lebih dr dari fm..maka sila lah hormat mereka yg fm anak mereka..korg tau ke ape masalah derang?? tak kan...so jgn menghukum sebelum menyelidiki sesuatu.. n jgn terlalu sombong dgn kurniaan yg ALLAH beri pada anda..kerana semua itu boleh ditarik bila2 masa.

nota yana : awal2 menimba ilmu pasal bf..aku juga seorang yg obses!! ye mengaku kn..opkos aku obses sebab aku laburkan duit yg byk tuk breastpump dan aksesorinyer..tp lepas fayyadh keluar..segala tanggapan aku meleset dan tak semudah ko ABC pam breast dan terus susu kuar bergelen2..kesabaran dan semangat yang kuat ko perlukan utk bf nie...aku pun pada awal nyer GIVE UP!! so tuk ibu2 yg kasi anak fm! saya phm perasaan anda! jgn risau! aku juga membesar ngan fm..aku sentap ngan satu ayat ibu ku masa pantang..masa susu tak kuar...dia suh beli fm..aku berkeras xnak...siap aku ckp xnaklah...susu lembu..anak kang jadi cam lembu...hahaha! skali ibu aku jawap.."habes dulu ko minum susu ayam ke lembu jugak...jadi lembu ke skrg?" huhuh...setiap kali teringat..berdesing telinga ku! 

so paham2 sendiri dan sedarla diri...
*bukan dlm HL, Dutch Lady tuh sume susu lembu ker??? hahahahahaha ;p*

 ------------------------------

2. SUMBAT MAKANAN

baby sekurang2 nyer boleh makan 6bln kalo ikut ape yg disarankan itu pun bermula dengan puree or menda2 yg lembut dahulu..kalo boleh garam dan gula jgn kasi...mungkin ada yg kasi anak dia awal..tambahan lagi kalo mak or nenek kite...kalo boleh seawal 2bulan dia dah nak kasi ...lapo la lapo la..tp sebaiknyer 6bulan la...time check up fayyadh 5bulan lebih ...nurse kk kate dah boleh bg makan sikit2...*maaf jika ade kenyataan yg silap,aku ibu biasa yg keje opis ngadap network dan software..bukan kesihatan mane2 maka bukan kepakaran aku* so aku pun bagi la sikit2...satu sudu kecik kfc tuh pada awalnyer...dan kiter juga digalakkan utk buat makanan homemade sendiri ...cam puree or bubur..or juice or ape sahaja...sebab dikatakan nestum dan biskut2 baby tuh byk gula tambahan...group HSFFYB dan SOLID FOOD FOR YOUR BABY byk membantu aku..sebab ibu2 kt dalam tuh sgt rajin!mcm2 derang masak tuk anak derang...huhuhu..so cam ibu malas cam aku yg hari2 kalo boleh bubur plain aje nie pun ikut jadi rajin! so korg2 leh la join group tuh tuk belajar ape2 solid food yg sesuai tuk baby mengikut umur..

note yana : raya baru berlalu...sedara mara byk dtg rumah..tambahan tahun nie ade fayyadh..rajin ler makcik2 or nenek sedara fayyadh dok pegang dia.. ade sekali tuh aku tgk disumbatnyer sikit kuih...katenyer kesian la tgk baby cam lapo tgk org makan...sekali kasi..aku meroyan...2kali kasi makin meroyan...kali ke3...aku tetibe cam jadi chill...apesal aku smp jadi OBSES camnie..huhu..kuantiti yg masuk pun sgt sedikit...bukannyer kalo tat nenas tuh...sebiji masuk terus dlm mulut..sikit sgt pun...so rase nyer takyah la nak memarah sgt kt sedara mara...huhuh..pandangan org mungkin berbeza dgn aku tuk part kasi makan nie ngan org lain...tp pandangan aku...relax la...derang pun syg anak kite..xkan la mereka tuh jahat sgt smp nak kasi penuh mulut..ngan gigi pun takde takkan nak disumbatnyer batang buruk ke mulut baby...akai ade ke org yg camtuh..so ibu2..raya dah nak habes...so insyallah bykkan bersabar pada mereka yg rajin menyumbat ke mulut baby...dan kita pun..kalo dah pegang baby org..jgn la memandai2 nak sumbat pape..biarlah mak dia yg kasi makan..anak dia kan...huhuhu...


-----------------

3. TAK KASI ANAK KT SAPE-SAPE

ade kes camni jugak..ade setengah ibu mmg tak kasi anak diaorg kepada org lain sebab takut dijangkiti kuman...aku memula tau pun aku risau gak...ngan selsema la...ngn batuk la...ish mmg aku tak kasi si fayyadh kt sape2...tapi kan bagi aku (nota yana) cam aku fayyadh adalah cucu sulong dlm family aku juga family hasben..so derang mmg NAK sgt pegang fayyadh malah skrg kalo call pun...fayyadh buat ape...mak pak dah x tanyer dah.... sedihnyerrr ...so kalo aku tak kasi,,,mesti la derang pandang daring je kt aku..huhuhuhuuh...kalo nak tau (ini fakta yer) ibu bapa kiter lebih cair ngan cucu mereka dari anak sendiri ( time anak nak garang aje)...so bagi aku...xperla kuman pun elok untuk pembesaran baby...so makin kuat antibodi dia...antibodi mula berlawan ngan kuman2 jahat itu...(cam iklan yakult tuh) ...mereka sayangkan anak kite...so jgn la risau sgt..lgpun kan kiter dpt REHAT! heheeheh...aku suke balik kampungggg ...leh dating2 ngan hasben...kihkih n leh la rehat n tido ngan cukup sekejap... 


oklah setakat tuh jela aku tulis kali nie...tp setiap ape yg aku tulis adalah pengalaman sendiri yg mengajar aku yer...bukan untuk mengata sesiapa...aku menulis berdasarkan ape yg jadi ngan anak aku...mungkin anak anda lain cerita dan situasinyer!!! 

kali nie xde gambo...uhhuhu...rajin menaip ajess..