Isteri yang kamu nikahii tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama…
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman, kamu pemagangnya.
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya.
Dan isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri… Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SubhanAllah Wa Taala kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana…
Justeru kamu akan tersentak dari alpa…
Bahawa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W. Pun Bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuw Ajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… Aamiin… Aamiin… Ya Rabbal Alamiin…
credit to : www.rediesh.com
4 comments:
:D...
hik3...
nak soh deen baca
:)
nice entry...thanx for sharing lya..:)
dni : heheeh sila2!!
cheqmoomoo : ;p
yuni : sharing is caring dear!
Post a Comment