alhamdulilah lagi untuk kali nie..selesai satu lagi pasal door gift....
jika ditanya...apa door gift yana....door gift yana simple je ...sederhana je..yana kasi YASSIN berserta terjemahan kepada semua tetamu islam..
kenapa? mengapa? YASSIN menjadi pilihan yana untuk door gift...
kerana dulu ada seorang kawan yana kawen...rasenyer 3tahun yg lepas..isi door gift nya adalah SURAH HARIAN....so mmg yana nekad kalo nanti yana kawen yana nak kasi door gift seumpama itu.Ternyata bila yana suarakan hasrat tuk bagi YASSIN sebagai door gift kepada family..mereka menerima cadangan yana tuh....Pelbagai jenis survey yang yana buat tuk mendapatkan YASSIN yang terbaik..
Pada mulanya mmg yana nak hantar printing tuk dapatkan cover yg leh customade...tapi lepas pegi ke Mydin tuk membeli barang2 harian...yana pegi ke bahagian AL- QURAN.sekali yana tengok ada YASSIN yang size sederhana berharga sekeping rm1.00 .Di Mydin jika kita beli byk kita boleh dapat harga borong..so bila yana tanya dengan salesgirl tuh..dia kater kalo beli 10keping,sekeping jatuh menjadi 80sen...kalo kita beli 100keping maka jadi 65sen sekeping...sgt berbaloi....yana beli sekeping tuk dijadikan contoh...
Masa tuh ade 2 warna sahaja...kaler merah dan kaler hijau..yang mana tak ada terjemahan di dalam nya....so baru2 nie yana mmg decide untuk beli...maka terus ke Mydin Subang..sekali smp...ade YASSIN yang baru,cover lawa,siap terjemahan lagi...alhamdulilah...tuhan permudahkan jalan yana tuk beli door gift tersebut..
mengapa YASSIN jadi pilihan??
Ini sebab nya...yana inginkan door gift yang orang boleh simpan dan hargai ..Yang mana mereka takkan terpikir untuk membuangnya,kiranya ada tempat yg istimewa untuk door gift yana itu..Apa yg penting NIAT kita betul..Selain itu ia boleh digunakan untuk kegunaan harian ataupun di kenduri2 tertentu....alhamdulilah..harganya sangat berbaloi dengan 65sekeping...dan yana sgt puas hati dengan percetakannya...

ini lah dia...kemas kan cover dia.. ;)

muka surat pertama ada bahagian IKHLAS DARIPADA...
so yana buat cop untuk letakkan dari kami sekeluarga
semoga setiap kali mereka mula membuka YASSIN ini mereka akan nampak siapa pemberinya dan sentiasa mendoakan supaya kami sekeluarga hidup bahagia,aman damai,dan dirahmati ALLAH s.w.t insyallah...Aminn...
--------------------------------------------------------
p/s : mood sebak tetiba...tak tau kenapa.... ;')