Pages

Sunday, May 25, 2014

Keluar nanah dari telinga fayyadh ..

sebelum cerita panjang meh kita bermukadimah dulu

Acute Otitis Media - Gejala telinga bayi bernanah 

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum.

 

--------------

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.


Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut. 


Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 


• membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring; - faberet baby syirah nie

• menggunakan susu formula bukan susu ibu; - baby syirah susu campur

• mengguna puting; - oppss...anak saya diharamkan menggunakan puting

• pendedahan kepada asap rokok; - baba sekarang merokok di luar rumah. Kalau merokok luar pagar boleh x ? nak lagi afdal, berhenti merokok terus !

• menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga. 

Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.


Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?

Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.

Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.
Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda. 

-------------------------------------------------------

 ok cerita bermula 
ikut kn satu malam tuh fayyadh gelisah tak boley tido... 
dia dok mngerang 
dok mengadoi 
dok bising 
pastuh dok suh tiup telinga dia (mak dia nie raja bomoh. kene tiup dia ilang sakit .kuikui)
dia kater sakit sakit 

then aku kejut hasben ..kul 5 pgi kitaorg gi klinik... doktor kater benda nie biasa jadi kt budk2.. then dia kasi ubat titik... 

aku lega la.. menda biasa...


tapiiii
esok air biasa kuar.. cam nanah or tah cam taik tinge cair gitu
neves la makk... 
tp fayyadh x ngadu sakit 
main aktif 
makanselera
tukar g klinik lain.. 
then akhirnyer ke klinik normah damansara damai
situ doc sedut air tuh.. then dia bg app seminggu then jmp blk.. 
tp air or nanah pun masih kuar gak 
akhirnyer doc kasi refer letter ke hospital 

aku pilih KPJ DAMANSARA
check bahagian ENT
dengan DR AWAL HASSAN
skrg da 5hari mkn ubat n aku tgk da xde air kuar 
so  awal june akan ada review blk ..hopefully okey

so apepun.. 
JGN KENAKAN AIR PADA TELINGA
JGN SELSEMA LAMA
JGN SUSUKAN DIA RENDAH DIBAHAGIAN KEPALA




 

 

4 comments:

MOMMYLIN said...

bahayanya.. tkut plak klu bab nanah2 ni

wawa yusoff said...

fuh. seram pulak aku baca leleh2 nanah ni.. huhuhu

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Adrian Moczyński said...

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.