Pages

Thursday, July 30, 2015

SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JEMAAH


kredit sepenuhnya : http://makbedthejournal.blogspot.com/2013/07/susunan-imam-dan-makmum-dalam-solat.html?m=1


SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JEMAAH


Apabila seorang imam bersolat dengan seorang makmum maka caranya ialah makmum itu berada di belakang imam di sebelah kanan.


Apabila datang seorang yang lain, maka hendaklah ia berada di sebelah kiri imam.

Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua makmum merapatkan saf semula.

Sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian makmum yang perama mundur ke belakang untuk menyamakan saf.




Kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila bersolat dengan imam sedangkan dia seorang diri sahaja, maka samalah kedudukannya seperti orang dewasa.







Apabila seorang imam lelaki dan makmumnya perempuan, maka perempuan itu hendaklah berdiri ke kiri sedikit.








Apabila seorang perempuan bersolat di belakang jemaah lelaki, maka perempuan itu hendaklah bersolat di belakang jemaah itu dan ke kiri sedikit











Apabila makmum lelaki berada di belakang saf perempuan, hukumnya makruh.

Apabila makmum seorang sahaja  , adalah makruh berdiri di belakang sebelah kiri imam. 

Apabila makmum berdiri di belakang imam di sebelah kiri semuanya (berat sebelah kiri saja), maka hukumnya makruh.



Semoga maklumat ni buleh membantu. Yang suami-suami tu, jangan segan-segan nak ajak isteri solat jemaah. Kalau tatau posisi solat jemaah, ni Makbed dah bagi dah. 


Sumber: Indah Hidup Bersyariat

 gambaq lukis sniri. tak cantek..


(entry ditulis pada April 29, 2011dan diterbitkan semula)


 Ini untuk solat jemaah yang ada perempuan-perempuan sahaja.

Takde sapa yang berdiri di depan.
Imam muslimah berdiri di tengah-tengah, di kalangan jemaah (barisan pertama).
BUkan macam imam yang muslim, berdiri kat depan makmum. 

 Leh refer sini ek:

wanita berkumpul beramai-ramai menunaikan solat berjemaah, wanita yang menjadi Imam hendaklah berdiri ditengah2 saf, bukan di hadapan, dan tidak boleh mengimami lelaki walaupun mereka itu mahram mereka. Dia boleh membaca dengan kuat seperti mana Imam lelaki membacanya pada keadaan yang memerlukan, selama-mana tiada lelaki melainkan mahramnya dapat mendengar suaranya. 


Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :- 


وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح. 


"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal), iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah" [Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874] 



thanks kepada yg bertanya tu.. :-)

1 comment:

safurara said...

Ohhhh gitu.tq fir sharing beb.sblm ni tau.tp x details.