Soalan lazim ibu-ibu yang mengamalkan Phyto Natal:
"Kak, anak saya kerap berak je lepas saya makan Phyto Natal. Normal ke?"
"Ice, boleh tak saya nak sambung makan Phyto Natal balik. Anak saya dah 6
bulan. Saya berhenti sebab anak saya asyik berak-berak je dulu."
"Saya berhenti makan NR sebab PANAS. Anak saya asyik berak-berak."
Walaupun dah banyak kali saya tekankan kepada ibu-ibu bahawa Set Bersalin NR sangat-sangat
baby friendly dan juga
tidak panas ,
masih ada ibu-ibu menuduh barangan NR ini tidak sesuai diamalkan bagi
ibu-ibu yang menyusu badan. Oleh itu saya ingin menerangkan khasiat
perubatan Set Bersalin NR (teruamanya PhytoNatal) kepada ibu dalam
pantang, dan seterusnya untuk bayi yang menyusu badan 100% dari ibu
yang mengamalkan Phyto Natal . Saya gelarkan bayi ini sebagai
Bayi NR.
Untuk ibu-ibu ini, saya cadangkan anda melihat beberapa perkara untuk
pastikan sama ada masalah kekerap membuang air besar pada bayi anda
adalah normal atau tidak. Antaranya:
1. Adakah bayi anda menangis 24 jam seperti terseksa ketika membuang air?
.jpg)
2. Adakah punggung bayi anda merah dan melecet (akibat kekerapan buang air)?
3. Berapa banyak pamperskah yang ditukar dalam 1 jam?
4. Adakah najisnya sedikit (secalit) atau banyak (penuh pampers sehingga terkeluar dari pampers)?
Jika bayi anda tidak meragam. Punggung tidak merah. Bayi anda buang air
besar yang penuh pampers kurang dari 3 kali sehari, maka ianya NORMAL!
Konsep NORMAL dalam pembuangan air besar bagi bayi baru lahir ialah:
Tiada
kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa
kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini
bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi
yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar
lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam
tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai
kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit. - Babycenter.com.my
Di bawah, ingin saya terangkan jenis-jenis najis Bayi NR pula
- Mekonium
- Hadir pada hari-hari terawal kelahiran. Ini
merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam
usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel
dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini
sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda
berfungsi dengan baik.
- Lawas
- Sifat najis bayi yang normal ialah kuning
cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak
lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau
kelihatan berketul seperti susu masam.
- Bayi NR selalunya akan membuang 3 kali sehari dengan kadar najis yang banyak (kadang-kadang sampai terkeluar pampers)
- Di sinilah fungsi NR utk membantu mengeluarkan birubilin dari badan Bayi Nr lalu membantu mengurangkan penyakit kuning bayi.

- Terkencit
- Najis ni selalu wujud pada Bayi NR. Dan ibu-ibu menganggap najis ini seperti cirit birit sedangkan ia adalah najis yang "terkeluar"ketika Bayi NR
membuang angin (kentut). Ini kerana bayi baru lahir mana la mampu nak
kontrol keluarnya najis masa kentut kan? Perlu diingatkan, bayi juga
kadang-kadang banyak angin disebabkan ibu-ibu mereka yang makan banyak
benda berangin masa mengandung dahulu. So bila NR di dalam susu ibu
mampu mengesan lebihan angin dalam badan bayi, of course lah angin-angin
ini akan dibongkar melalui kentut.
- Selalunya bila Bayi NR kerap keluar najis beginilah buatkan
ibu-ibu tadi menghentikan pemakanan Phyto Natal atas alasan bayi mereka
cirit-birit. Sedangkan ibu-ibu tidak perlu risau selagi Bayi NR mereka kelihatan selesa dan tidak meragam, maka ia menunjukkan proses pembersihan dalaman tidak memudaratkan Bayi NR anda.
- Bayi NR yang kerap buang air dan kentut kelihatan lebih
selesa dan ceria. Dan kebanyakkan bayi-bayi ini susah nak kena penyakit
kembung dan juga Hernia.
- Kembung / Angin
- Menurut bidan kampung, najis bayi yang kehijauan menunjukkan bayi
mengalami kembung angin. Kadang-kadang jika ibu tersilap makan benda
berangin, bayi mereka secara automatik akan keluar najis bewarna hijau.
Dengan Phyto Natal, najis ini mudah keluar tanpa perlu Bayi NR mengalami sebu-sebu perut yang boleh membuatkan mereka menangis sepanjang malam.
So, kepada ibu-ibu yang telah/ingin mengamlkan set bersalin NR, sila pantau keadaan jenis najis Bayi NR anda.
Jangan berdasarkan sikap AGAK-AGAK anda, anda kerugian besar apabila
menjadi wanita yang tidak mengamalkan herba ketika dalam pantang.
Sebab kebanyakkan wanita yang tidak mengamalkan apa-apa herba ketika
dalam pantang, akan mula merasa kesakitan tubuh badan dan bermasalah di
bahagian faraj selepas 6 bulan bersalin. Anak-anak anda semakin kuat dan
membesar. tetapi ibu-ibunya pula semakin penat dan tenat.
Akan tetapi pengamalan Phyto Natal perlu juga dipantau dan dihentikan dengan kadar segera jika:
- Bayi anda kelihatan tidak selesa selepas anda mengamalkan Phyto Natal
- Bayi terlalu kerap buang air (extreme: lebih 3 pampers penuh najis dalam tempoh1 jam) selepas anda mengamalkan Phyto Natal
Kerana kadang kala ada bayi yang dilahirkan dengan perut yang over
sensitif. Terutamanya bayi pra-matang. So ibu-ibu boleh teruskan sahaja
minum Akar Herbanika tanpa Phyto Natal, dan bila bayi anda sudah
kelihatan sedikit kuat, anda boleh mula semula amalkan Phyto Natal.
Bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak, tiada alasan untuk anda tidak mengamalkan herba ketika dalam pantang bukan?