Pages

Thursday, August 29, 2013

Amalan Dipermudahkan Bersalin

sedar tk sedar dah masuk 32w dah.. tak lama dah oittt...
neves...
bukan sebab ape ..
sekali lagi nak mengharungi proses bersalin
preggy kali nie mmg sgt tak terasa.. tau2 adik baby nak kuar dah
n dlm masa yg sama aku un tak caya
dah nak ade 2org anak dah...
cepatnyer la masa berlalu

semalam dahbuat scan 3d/4d plus tau gender anak skli
hehe
walopon preggy kali nie mmg LAIN sangat dr masa preggykan fayyadhridha dulu..
tapi nampaknyer fayyadh nak dpt geng main tembak2 rupenye..
insyallah boboi lagi...
maka pasni ngan abah dia .. jadi la boboiboi heheeh
semalam adik baby kemain la tutup ANU dia ngan tgn.. aduiyai anak ..super comel kot..
saje nak kasi suprise kannn
sekali check punyer check npk la BALL
heheeh

ekceli aku tak kisah pun...
sebab mmg tak harap sgt pada gender
dpt perempuan maka jadi sepasang
dpt boboi maka ibu ade 2 bodyguard!
heheh..
yg penting sehat dan sempurna..
itu je!
ikutkan gender pun last aku tanye pada sonographer tuh
aku check dulu jantung, muke tgn kaki sume
jari2.. mulut dia hidung dia.. lasssssttt baru lah gender..
alhamdulilah xde pun rasa kecewa bile check2 boboi.. \
kouta anak 5 kot.. hahahah
dapat 2 lelaki nie.. pasni kiter gogo cayok 2perempuan plak la.. br geng.. kihkihkihkih

hopefully semua nyer dipermudahkan hendaknyer
dah tak lma da nie. jp gi cuti pjggg la daku... yeahhhh!!

mey kiter tgk amalan surah2 yg ley kiter amalkan untuk dipermudahkan proses bersalin nie.. dan doa aku bukan setakat mudah proses bersalin, juga prose menyusukan dan membesarkan kedua2 anak AMANAH ALLAH ini..

Aminn





(petikan dari hamidarshat.com)


Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat
Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :


"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)

"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf : Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87 
Sumber : alamhamil.com dan nurizdehouse.blogspot.com 







Wednesday, July 24, 2013

Sunday, July 21, 2013

Nasi Beriyani Ayam Dan Kambing Pakistan Sedap Melampau!

Nak dijadikan citer ku sgt la berkenan tgk resepi nasi beriyani pakistan nie
so memandangkan semlam hari ahad maka plan tuk ketuk2 ramadhan pun berjaya la.. 
ini 1st time aku masak nasi beriyani pakistan nie
mmg teruja sesgt la.. n hasilnyer sgt la memuaskan 
segala step n resepi mmg ku tiru bulat2 dari blog kakazie
n sememangnyer ia adalah resepi yg super wallah!
gigih mak yong buat tau... walopun byk step tp puas hati sesgt la
ku nak amik step by step 
tp sebab semalam tukar2 baton ngan hasben 
so mmg tak tersnap la
pastuh bile dah siap sume 
badan jadi sesgt la penat nyerrrrr
best sgt sebab raya nie dah tau ape nak masak dah 
nyummmmmmmmm
aku buat 2-2 resepi 
ayam n kambing.. 
hahaah tamak..
coz hasben x bape suke ayam 
tuh yg bubuh kmbing jugak
tp mmg terangkat la 

nie la hasil rupe nasi ku
maap la gambo langsung tak hias2 bagai 
penat oittt
nie pun nasi kt pinggan nak ngap tunggu azan 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------



so sesapa nak try.. follow la semua kt bawah nie yer



Yaa ampuun sedap nyer Nasi Beriani Pakistan. Sungguh tak tahan, tak boleh tahan. Saya minta juga untuk makan walaupun hubby tak membenarkan saya makan. huhuhu tak kan lah nak tengok saja depa anak beranak makan depan mata. Sedap ... tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi. Hancuish lah diet malam ni.

Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya. Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal. Walaupun ada rempah segera untuk membuat beriani ini tetapi untuk kali pertama, saya ingin cuba memasak sendiri dari awal. Hajat hati nak buat beriani daging atau kambing tapi mana nak cari daging fresh waktu petang gini, jadi terpaksalah settle dengan ayam sahaja.

Terima kasih kepada sahabat saya yang telah berkongsi resepi dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala ilmu bermanafaat. Ameen. Cuba lah memang berbaloi baloi memasak sendiri nasi beriani.  Dengan kos tak begitu mahal, kita boleh makan 6 orang dengan menambah nambah. Ye la, kalau kat kedai beriani Pakistan tu, RM5 hanya dapat 1 paha ayam jer.  Mana cukup kan? Nasi banyak tapi lauk kecil gitu. UPDATE: Klik di SINI untuk resepi Briyani Kambing pulak.



Jom layan resepi di bawah.

Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.





Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.




Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 




Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.






Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.




Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.





Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 




Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.




Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.







Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar


Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.





Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.




Thursday, July 18, 2013

Puding Karamel Senang n Sedap





ini semalam punyer cerita
ingatkn nak amik step by step
tp memandangkan hasben balik tetibe time terawikh
so terbantut sedikit nak snap2 picca tuh
haahah
kang tak pepasal kene perli kanggg
mls lah

resepi nie mmg sgt simple
senang
sedap
tak muak!

PUDING KARAMEL versi derhaka ku

BAHAN-BAHAN

untuk karamel

5sudu besa gula pasir halus ( kalo suke manis tambahla)
air 1/2cawan


untuk puding

400ml susu segar full cream ( tp ku gune low fat)
5sudu besar gula pasir
esen vanila
telur 4biji (ku pakai size sederhana)


-------------------------------

cara membuat nyer.. memula sekali....

PANASKAN PENGUKUS

kemudian masukkan bahan2 karamel..
dimulakan ngan gula dulu..
masak smp keperangan
then masuk air..
smp la gula perang..
tuang kt loyang terus


untuk puding plak
sila satukan telur dan gula
pukul perlahan gula sahaja
 then panaskan susu dan esen vanila
tahap pemanasan hanya lah sekadar suam2 je susu tuh

ini versi derhaka ku dimana aku x suke tapis..lmbt kje
so aku masukkan dlm blender semua sekali bahan puding td..
putar sekejap je..
terus tuang dlm loyang
tutup loyang dengan aluminium foil
then masukkan dlm pengukus
kukus dlm masa 1jam
then masuk peti
mane yg tak sabar sgt (cam haku la semalam)
ku letakkan dekat frozen nyer bahagian
dlm 1jam
after tuh
terbalikkan loyang td dlm mangkuk yg kiter nak serve
hiasla ngan ape je perhiasan rumah anda

siap!

Tuesday, July 16, 2013

Kek Marble Panas!

ritu kemain aku wat post nak makan kek panas.. nak makan kek panas
preggy nie kalo teringin sumting
mesti naktaknak kene dapatkn gak
kalo tak jawapnyer tido tak lena.. kihkihkih

nasibla hari tuh hasben kate beli juadah buka kt bazaar ramadhan je ..
so ade can la nak beli barang2 nak buat kek
huhhu.. klo ikutkan byk je brg yg dah ade..tp SEDIH! sebab byk yg expired..
rasenyer last aku buat kek pun masa pose taun lpas
syahdu tak?? hahhah
tuhh yg hasben kater.. asal preggy je rajin wat mcm2..
hahaha alah! nak kasi hint suh preggy tiap2 taun la tuh ..ceh!

so oleh kerana mood berbaking tinggi
pas hasben gi solat terawikh n fayyadh tido pas makan buka ..
aku pun memulakn operasi..
tp aku mmg suke baking kek dr zaman anak dara lagi.. sebab aku rasa buat kek lg senang dr buat biskut ...
hheh



Bahan-bahan

  • 250 g mentega
  • 160 g gula castor/halus
  • 4 biji telur - A
  • 250 g tepung gandum*
  • 2 sk baking powder* - ( *ayak bersama )
  • 4 sb susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 pewarna dan perasa pilihan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu-persatu dan terus pukul hingga gebu.
  2. Masukkan campuran tepung dan susu berselang-seli, di kaup-balekkan adunan hingga sebati sambil dimasukkan esen vanilla.
  3. Adunan dibahagi 3 dan bubuh warna dan perasa pilihan.
  4. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang yg dialas dan digris.Lorekkan adunan jika suka.
  5. Kukus hingga masak selama 45 min. Sejukkan kek,potong dan boleh dihidangkan.

Monday, July 15, 2013

Teh Dangdut dut dut dut


berdasarkan tajuk entry dengan picca 
adekah korg rasa ianyer sinonim
hahahh


aku sendiri tak tau nape nama begitu di beri 
sebab sepanjang aku buat teh nie xdelh aku menari2 golek inul gitu 

TEH DANGDUT 

bahan-bahan
(bahan-bahan adalah mengikut cawan seperti diatas)

3uncang teh ( aku gunekan BOH uncang)
4 sudu besar susu pekat manis (mengikut kesukaan)
2sudu besar susu segar / cair (mengikut kesukaan)
1 cawan air
 1cawan air panas
cara-cara
masak 3uncangteh tadi dengan 1cawan air..
kiter nak memastikan teh yg kite dpt adalah pekat yer

sesambil tuh.. 
campurkan susu pekat,sususegar/susu cair dan air panas
kacau smp sebati 
gunakan 2bekas untuk tarik air susu nie
pastikan panas tau 
sebab kalo sejuk takkan menghasilkan buih yg byk 
then tarik la cam teh tarik tuh susu td
tarik punya tarik 
masukkkan dlm cawan berserta buih2
then secara perlahan2 masukkan teh pekat yg dah dimasak td
perlahan-lahan biar teh tuh dok diamm setempat 

SIAP!!!

hehehe
senang jeee!

hasben teruja tgk pas balik solat terawikh malam td..
kihkihkih
mungkin anda ley cuba.. 
pasti mereka kagum! heheh

selamat berdangdut!