Pages

Sunday, July 21, 2013

Nasi Beriyani Ayam Dan Kambing Pakistan Sedap Melampau!

Nak dijadikan citer ku sgt la berkenan tgk resepi nasi beriyani pakistan nie
so memandangkan semlam hari ahad maka plan tuk ketuk2 ramadhan pun berjaya la.. 
ini 1st time aku masak nasi beriyani pakistan nie
mmg teruja sesgt la.. n hasilnyer sgt la memuaskan 
segala step n resepi mmg ku tiru bulat2 dari blog kakazie
n sememangnyer ia adalah resepi yg super wallah!
gigih mak yong buat tau... walopun byk step tp puas hati sesgt la
ku nak amik step by step 
tp sebab semalam tukar2 baton ngan hasben 
so mmg tak tersnap la
pastuh bile dah siap sume 
badan jadi sesgt la penat nyerrrrr
best sgt sebab raya nie dah tau ape nak masak dah 
nyummmmmmmmm
aku buat 2-2 resepi 
ayam n kambing.. 
hahaah tamak..
coz hasben x bape suke ayam 
tuh yg bubuh kmbing jugak
tp mmg terangkat la 

nie la hasil rupe nasi ku
maap la gambo langsung tak hias2 bagai 
penat oittt
nie pun nasi kt pinggan nak ngap tunggu azan 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------



so sesapa nak try.. follow la semua kt bawah nie yer



Yaa ampuun sedap nyer Nasi Beriani Pakistan. Sungguh tak tahan, tak boleh tahan. Saya minta juga untuk makan walaupun hubby tak membenarkan saya makan. huhuhu tak kan lah nak tengok saja depa anak beranak makan depan mata. Sedap ... tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi. Hancuish lah diet malam ni.

Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya. Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal. Walaupun ada rempah segera untuk membuat beriani ini tetapi untuk kali pertama, saya ingin cuba memasak sendiri dari awal. Hajat hati nak buat beriani daging atau kambing tapi mana nak cari daging fresh waktu petang gini, jadi terpaksalah settle dengan ayam sahaja.

Terima kasih kepada sahabat saya yang telah berkongsi resepi dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala ilmu bermanafaat. Ameen. Cuba lah memang berbaloi baloi memasak sendiri nasi beriani.  Dengan kos tak begitu mahal, kita boleh makan 6 orang dengan menambah nambah. Ye la, kalau kat kedai beriani Pakistan tu, RM5 hanya dapat 1 paha ayam jer.  Mana cukup kan? Nasi banyak tapi lauk kecil gitu. UPDATE: Klik di SINI untuk resepi Briyani Kambing pulak.



Jom layan resepi di bawah.

Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.





Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.




Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 




Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.






Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.




Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.





Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 




Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.




Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.







Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar


Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.





Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.




2 comments:

~ NANA ~ said...

insyaAllah ada masa nanti nak cuba! nampak sedappp! hehe

Unknown said...

aduhh nmpk menggiurkan..copy resepi siap2 utk raya nt.hahaha