Pages

Sunday, October 12, 2014

bentan...

citer pasal bentan time pantang 

semua org takut kot... 

aku sendiri pernah bentan 

rasa sejuk melampau cam duduk kt kutub selatan gitu 

mengigil cam org tak sejuk sgt kekdahnyer... 

ish... 

seram sejuk mengingatkan nyer

masa pantang fayyadh aku x tau mana silap nyer 

sebb masa tuh ilmu mmg sgt la kurang 

tp masa wafir ... aku sgt berjaga.. takut bentan .. 

tp jadi gak lepas hari ke 70... 

aku tercubit sikit talam keladi... sikitttttttttt sgt 

 tetibe badan terus mengigil x berenti.. 

padan muke...! tp aku x puas hati.. x makan pun seketui.. cume cuit sikit jeee...

so mak2 ...jage2!

sebb ade buruknyer bentan ni

 

credit to : http://kakbidan.blogspot.com/

Bentan...Boleh berpanjangan.

Pernahkah anda cepat merasa seram sejuk selepas habis tempoh berpantang? Masuk je dalam pusat beli belah, bulu tangan dah berdiri sebab kesejukan. 


Di pelipat lengan dan peha seakan dicucuk-cucuk. Pergelangan tangan dan kaki tiba-tiba lenguh. Kesakitan ataupun ketidak selesaan ini menyebabkan anda terpaksa berlari keluar dari tempat yang sejuk....sehingga ada yang tidak mampu menahan sejuknya penghawa dingin di kenderaan sendiri.


Sakit menyucuk diseluruh sendi apabila terdeah pada cuaca sejuk yang tak tertanggung oleh individu.
Ataupun, meskipun selepas beberapa bulan bersalin, kesakitan di ari-ari terasa makin menyucuk sehingga mengganggu pergerakan. Setiap kali selepas disengkak bidan....lega sungguh rasanya. Tetapi tak lama selepas itu, rasa berat kembali di ari-ari, dengan sakit belakang yang tidak tertanggung.
Sakit pinggang boleh juga disebabkan oleh kesilapan ketika prosedur Epidural, tetapi bagi yang tidak berjaga lebih ketika pantang, sakit pinggang mudah terasa apabila hamil semula.

Ada juga yang mudah benar terkena demam meskipun dahulu ketika anak dara, setakat mandi hujan ala-ala hindustan dengan pasangan, masih sihat walafiat. Tak kurang juga sakit migrain yang tiba-tiba menyerang, sehingga selalu mengambil cuti sakit.
Antibodi wanita mudah lemah jika tidak dijaga dengan betul ketika berpantang.

Perhatikan diri anda sebelum dan selepas bersalin.

Adakah keadaan anda selepas bersalin lebih elok atau makin teruk?

Dimana silapnya?

Bentan....boleh berpanjangan. Sama seperti meroyan dimana Ice pernah mengurut seorang makcik yang bergantung kepada ubat sakit jiwa selama 20tahun selepas melahirkan anak bongsu beliau. Bentan bukan terjadi serta-merta. Ini bergantung kepada tahap ketahanan badan wanita itu sendiri. LAin orang...lain akibatnya..

Rasa sakit yang menyucuk2 itu boleh diklasifikasikan seperti sakit radang sendi atau Arthiritis akibat ibu yang rajin bermain air dan bersejuk ketika dalam pantang.  Sakit di ari-ari kemungkinan rahim yang sentiasa jatuh disebabkan ketika berpantang rajin sungguh mengangkat benda-benda berat, atau terlalu lasak, atau yang paling selalu dibuat...mendukung anak yg besar. Bab demam itu berkemungkinan sakit urat. Urat yang tenat ketika bersalin, di gunakan secara extreme pula ketika pantang. Atau migrain yang menyerang disebabkan menggunakan otat mata terlalu banyak ketika pantang. Online FB, berblog, membaca novel (ingat cuti2 malaysia agaknya), tak pun menonton drama korea bersiri-siri.
Rheumatoid Arthiritis

Saya tak katakan semua orang yang benar-benar berpantang akan benar-benar sihat...kerana kesakitan selepas bersalin boleh dipengaruhi oleh banyak perkara...tetapi orang yang berlebih pantang, insyalah akan menjadi wanita yang lebih sihat dan ceria dari wanita yang tidak menjaga diri ketika berpantang

Tetapi yang pasti...
Hanya jauhari mengenal manikam...
Hanya yang dah terkena boleh mengangguk benar....

Tuesday, October 7, 2014

tak boley makan laksa bagi ibu lepas bersalin

dulu aku slalo kene bebel jgn makan laksa pas bersalin
tak boleh????
sedap kottttttt!


ini sebab nyer ...pasni dah xyah dolak dalih lg kenapa x boley makan heheheeh



credit to :  http://kakbidan.blogspot.com

Apa relevannya laksa jadi pantang besar buat ibu lepas bersalin?

Kenapa LAKSA sejuk?

Ok. ice nak kupaskan kenapa laksa ni sejuk. Apa yg buatkan dia sejuk. Dimana sejuk dia.
Selain laksa, bihun juga adalah tergolong dalam kategori keluarga yang sama.


Cuba kita kupas cara pembuatan laksa dan bihun ni.


Kedua2nya diperbuat dari beras. Beras still ok.

Lepas tu kedua2nya dimasak dan dilenyek dan di bentuk jadi laksa dan bihun. So still ok.

And then...laksa adn bihun ni dibiarkan kering. Ok lagi.

Lepas tu laksa dan bihun ni dimasak/direbus/direndam dalam kuah laksa atau sup atau digoreng jadi bihun goreng....Haa....part ni yg xok.


Kenapa? Sebab laksa dan bihun ni dah jadi seperti "nasi sejuk" Dimasak 2 kali. So kandungan angin ketika masak kali kedua sungguh TINGGI. X caya...korang cuba makan nasi sejuk yang dipanaskan banyak kali masa pantang. Mau bentan time2 tu jugak.

Dimasak 2 kali, ia memerangkap angin.

Ada juga yg kata kerana daun kantan yg terdapat dalam kuah laksa. Atau jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa. Apapun alasannya...perlukah kita pertikaikan perkara yang sudah menjadi larangan sejak berzaman. Dan bukankah larangan ini terjadi kerana ada wanita di zaman dahulu yang dah melanggar pantang ini.

Bunga kantan bersifat panas

Lalu mengapa kita perlu pertikaikan lagi?

So... Berpantang biarlah berlebih...Jangan berkurang. Badan yang masuk angin ni...lama2 akan sakit2 badan. Dan sakit badan asyik nak marah2. Asyik nak marah2, anak nagis lebih sikit kena tengking. Anak dah kena tengking, suami tegur. Suami dah tegur, kita lak sakit hati...bla...bla..bla...(panjang woo jalan cerita). So better jaga lebih ye dik non......

Frozen Food

salam
aku mmg biskut chipsmore
kadang ade..manjang xde
heheeh

aku nak tanyer la pada korg sesapa yang ade port nak jual frozen food
...contoh kt opis korg ke.. uni korg ke.. hostel korg ke... korg dtg beli je.. aku dtg jual ..
gittew...
heheh
klo ade rojer2 yer!!!

Sunday, September 7, 2014

Rawatan meruang

credit sepenuhnya kepada : rawatan meruang dari siti aishah confinement

Rawatan Meruang

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Jika saya...saya gunakan Barra Gel NR.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha
, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.

Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.

Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba!

 Kira ruas jari. Wanita dh berkahwin kena jolok jari smpai ruas ke 3. Anak daro...sampai aras 1 sudah.....jgn melobih2. Pocah daro lak kang. 

BARRA GEL dari nona roguy 

meruang meruang juga
jgn meraung pula 
;p

untuk maklumat lanjut 
sila email ke lyanamk2903@gmail.com
atau 0105189668


Wednesday, August 27, 2014

Confinement Lady aka Perawat Pantang

alhamdulilah pembuka kata
kalau sesiapa pernah dengar pasal
BEAUTY BLESSED CONFINEMENT 
mesti kenal kak siti aisyah or kak ice
owner dia!

CONFINEMENT LADY
so far ini lah bakal profesion yang akan yana usaha kan tak lama lagi
soon insyallah
:)

dari kesukaan waktu berpantang kan fayyadh ngan wafir
kini bertukar menjadi profesion
satu bidang yang jauh lari dr apa yang yana ada skrg
sedikit darah mak bidan mengalir ke tubuh dari nenek di kampung
tak pernah terdetik
tak pernah terpikir
mungkin ini dinamakan JODOH
mungkin ini dinamakan PELUANG

mungkin ada onak duri yang lain lagu nya bakal dilalui
tp apelah hidup tanpa pancaroba kan
pasti ada jatuh bangun
pasti ada susah senang

Sesungguhnya saya seronok skrg dengan pilihan yang suami juga redha,
itu penting
RESTU nya

saya memilih untuk sesuatu yg lebih ada flexi time..
boleyla dikira SAHM disebelah ptg... CL disebelah pagi :)
doakan semua ini dipermudahkan! :)

andai ada berminat..
ley la contact yana untuk details pasal ini..nanti yana bg penerangan lanjut dan siapa percon incaj untuk dihubungi  :)
lyanamk2903@gmail.com

Tuesday, August 19, 2014

Moist Coklat Kek yang senang dan simple!

aku mmg rajin sejak 2 menjak nie
smp kawan2 ingt aku pregnant sebab rajin beno wat kek
anak bujang ku si fayyadh dah beso
dia suke giler kek coklat
so bile aku buat kemain dia asyik dok puji
IBU SEDAP IBU SEDAP
mau x kembang setaman bontot nie... hahaahh

meh aku share 1 resepi yang superrrrrr la senang....
sesuai sgt la aku yg x bp rajin sgt nak punggah mixer nak basuh2 blender


Ini bahan panas api pelan
1cawan air
1cawan minyak masak
1cawan koko
1cawan susu pekat
1cawan gula kaster
Esen vanila
2biji telo

Ini bahan ayak
1cawan tepung
1sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder

Kasi campur keduanye
Bakar or kukus dlm 30minit

Atas topping
Minyak masak 3sudu
Koko setengah cawan
Susu pekat setengah cawan



Hiasan
Coklat rice
Setoberi

Selamat mencubaaaa...

Thursday, August 14, 2014

aku sebagai ibu bekerjaya

lama x menulis
kekangan masa
plus kekangan kemalasan

idea kering kontang
kehidupan rutin semakin bertambah dengan anak dua
sedangkan kain berlonggok pun aku x sempt nak lipat
inikan pula nak tulis blog

HAHAAH (salahkan diri sendiri)

saja aku pilih topik ni
utk elaborate diri sendiri sebagai contoh paling cun!

aku ibu bekerjaya
pagi laju2 siapkan anak..
gosok baju laki
siapkan bekpes (jarang2 sekali )
siapkan teh o laki
siapkan beg2 sekolah anak
siapkan diri sendiri nak g keje

ok anak dah minum susu check
laki dah minum air check
amik2 beg..
tutup iron
tutup lampu
tutup tv
tutup kipas
tutup pintu n grill..
anta anak sekolah
gi layan n hadap jem waktu pagi
sampai opis..
brekpes..
siapkan keje
lunch
drive balik umah
amik anak2
masak
solat mandi
tido

phewww...
gitu la rutin hari2
npk cam MAK OITT!
tp lama2 kan
rasa dah biase... dah ley pecut sambil buat keje

kdg2 aku impikan SAHM
duk umah
main ngan anak
umah teratur
umah kemas
kain berlipat
lantai bermop

tp KOMITMEN
ada certain perkara aku perlu pikir untuk SAHM
mungkin cara aku salah selama ni handle kehidupan mak beranak dua
so aku SEDANG DAN TERUS belajar
dalam hidup ni... terlalu byk untuk kita belajar dan kejar
dalam pada kita belajar.. kdg2 apa yg dikejar tak dpt
so kena la usaha dan tekad

doa kan aku!
AKU PERLUKAN HIDUP YANG LEBIH FLEXSIBEL!
:)