Pages

Friday, August 26, 2016

Muslimah Style yang lebih casual


Muslimah pada hari ini adalah amat berbeza dengan situasi pada tahun-tahun yang terdahulu. Perbezaan yang paling ketara adalah revolusi fesyen Muslimah yang amat pesat berkembang sejak akhir-akhir ini ekoran permintaan yang makin meningkat. Kita dapat lihat semakin ramai wanita yang mengenakan imej Muslimah dan kerana itu juga, terdapat semakin banyak pilihan koleksi pakaian Muslimah yang boleh ditemui di pasaran. Modern Muslimah hari ini berpeluang bergaya dengan koleksi dress Muslimah, tops Muslimah dan banyak lagi. Jom kita lihat beberapa Muslimah style yang sesuai digayakan oleh wanita bertudung untuk penampilan yang kasual pada hujung minggu;
Long shirts dan slack pants
Penampilan yang cukup simple dan sopan ini bukan sahaja boleh digayakan sebagai pakaian kasual, tetapi juga sesuai dipakai untuk ke pejabat.
------------------------------------------------------------
T-shirt dan Jeans
Kombinasi yang terbaik adalah dengan memadankan koleksi baju-t berlengan panjang dengan pemakaian jeans seperti berikut.
-------------------------------------------------------
Leggings dan long cardigans
Untuk wanita berhijab yang ingin menggayakan leggings pula, anda harus lebih berhati-hati ketika ingin memilih jenis baju yang ingin dipadankan. Gayakan leggings tersebut dengan pemakaian long cardigans atau shirt dress yang labuh.

P/s: style ni paling ku suke la.. sebb tutup punggung... tp xde la pakai legging ketat...baju labuh + jeans sgt selesa digayakan nak kemana... urusan rasmi or tak.. sesuaiiiii

-----------------------


Skirts dan tops
Pemakaian skirts menjadikan penampilan anda kelihatan lebih feminine dan sopan. Gayakan skirts tersebut dengan pemakaian tops atau blouse seperti berikut untuk penampilan yang santai.

p/s: ini pun antara style faveret daku untuk kelihatan lebih casual,,,
klo nak npk formal .. pakai top ala2 blazer cam gambo aku tu... klo x.. pakai blouse biase tuk npk lebih sesuai dipakai untuk event yg santai