biasela nak menharungi 1st trimester yg sgt mencabar maka mmg la lambat laun nak menulis... bulan pertama nie...muntah mmg jgn ckp la... mual saje... then makan pun x bape nak ade selera... kurus plak preggy kali nie... uhhuhu lebih kurus dr masa lepas pantang... selera makan mmg OUT mmg larik lintang pukang... tgk sume benda xde yg sedap nyer... sume x sedap sajeeee...
malas nak citer pasal mood swing nie... ekceli entry nie dah lame nak taip tp br skrg ade mood hehehe ampunnnn
bermula fayyadh 1tahun yana da tukar susu dia jadi susu ilham...ekceli sebelum 1tahun lagi dah pakai susu ilham nie... tp masih campur2 ngan anmum... maka genap 1tahun mmg yana dah tak beli anmum lagi n mengunakan sepenuhnyer ILHAM
dah tak bf ker??? ekceli fayyadh masih df lg ngan yana... cume skrg yana dah x pam... so susu pun merundum.. maka terpakse la cari bantuan dgn ILHAM ... alhamdulilah fayyadh sesuai ngan susu nie.. berat badan dia naik n poo poo pun senang.
skrg 1kotak kt taska... 1kotak kt umah... 1kotak rm48 650gm tahan untuk 2minggu... so sebulan yana akan beli 4kotak utk keperluan fayyadh.
meh kiter tgk ape kelebihan susu ilham nie
Susu
Susu sering kali
bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia
betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir
sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses
menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato,
keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan
banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan
basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui
penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk
diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan
mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan
risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.
Komposisi dan khasiat
Komposisi
susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh
kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana
seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan
laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
- Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan
bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia,
penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen
seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak
dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan
gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.
Badam:
Badam
merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya
dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya.
Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah,
Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan
meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan
al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah
dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas
yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan
& India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan
tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan
menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik &
golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan
pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak
melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang
pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran
Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka
mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan
India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar
teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang
menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam
merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang
pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika
dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya
tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam
badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium
juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya
melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai
memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain
membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat
membantu menyihatkan jantung mereka.
Kurma:
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang
dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi
lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi
tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga
mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan
pembuangan air besar.
Kismis:
Kismis mempunyai banyak khasiat
pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi
penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk
pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu
merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan
kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak,
masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.
Terapi Al-Quran
Junjungan
kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan
Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik
disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau
disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit
aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti
kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan
ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.
Konsep rawatan Islam berteraskan
Al-Quran tidak boleh disabitkan dengan kajian sains kerana ia berlaku
atas dasar mukjizat dari langit. Segala rawatan adalah berkonsepkan doa
semata-mata dengan sedikit pengolahan cara seperti menulis ayat-ayat
Al-Quran pada pinggan putih yang dilarutkan selepas itu dengan air,
membaca ayat-ayat tertentu kemudian ditiup pada air dan juga dengan
cara membaca ayat-ayat tertentu sambil mengurut-ngurut tempat yang
sakit. Maka penyembuhan itu terjadi bukan kerana ayat-ayat tadi, tapi
ia adalah kemaqbulan doa perawat / pesakit daripada Allah s.w.t.
Justeru, rawatan yang berkesan adalah hasil dari pengharapan yang tidak
berbelah bagi lagi terhadap janji Allah kepada hambaNya yang berdoa.
Penyediaan Susu Ilham menerapkan 30
juzuk Al-Quran dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran,
perasaan, jiwa dan budi pekerti anak anda terpelihara. Insyallah
------------------------------------------------
nota kaki yana : sekurang2 nya kiter cube menyokong produk muslim kan ?? peace!
2 comments:
ramai juga cakap susu ILHAM ni bagus..
nak cube jugak. harap elman terima. mak nye mampu supply 20oz je. tp elman minum 30oz sehari
Post a Comment