Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin,
mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan
buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan
sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan
dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda
mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.
2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya
tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan
tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit
cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.
3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan
sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya.
Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan
sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu
dihadkan pengambilannya.
4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap
yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk
diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan
bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran
pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil.
Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih
lazat dan berkhasiat.
--------------------------------
nota yana : tp kali nie mmg KILLER la aku amik makanan masam.. buah mempelam tuh cam makan nasije rakus nyer makan... ish pelik kan..
selalu je org kater lain pregnant lain rasa...
so aku akui .. mmg lain dan langsung tak sama
x caya?? meh la sep sikit.... kot jangkit hehhehe
lalalalalaala
No comments:
Post a Comment