Pages

Friday, August 26, 2016

Muslimah Style yang lebih casual


Muslimah pada hari ini adalah amat berbeza dengan situasi pada tahun-tahun yang terdahulu. Perbezaan yang paling ketara adalah revolusi fesyen Muslimah yang amat pesat berkembang sejak akhir-akhir ini ekoran permintaan yang makin meningkat. Kita dapat lihat semakin ramai wanita yang mengenakan imej Muslimah dan kerana itu juga, terdapat semakin banyak pilihan koleksi pakaian Muslimah yang boleh ditemui di pasaran. Modern Muslimah hari ini berpeluang bergaya dengan koleksi dress Muslimah, tops Muslimah dan banyak lagi. Jom kita lihat beberapa Muslimah style yang sesuai digayakan oleh wanita bertudung untuk penampilan yang kasual pada hujung minggu;
Long shirts dan slack pants
Penampilan yang cukup simple dan sopan ini bukan sahaja boleh digayakan sebagai pakaian kasual, tetapi juga sesuai dipakai untuk ke pejabat.
------------------------------------------------------------
T-shirt dan Jeans
Kombinasi yang terbaik adalah dengan memadankan koleksi baju-t berlengan panjang dengan pemakaian jeans seperti berikut.
-------------------------------------------------------
Leggings dan long cardigans
Untuk wanita berhijab yang ingin menggayakan leggings pula, anda harus lebih berhati-hati ketika ingin memilih jenis baju yang ingin dipadankan. Gayakan leggings tersebut dengan pemakaian long cardigans atau shirt dress yang labuh.

P/s: style ni paling ku suke la.. sebb tutup punggung... tp xde la pakai legging ketat...baju labuh + jeans sgt selesa digayakan nak kemana... urusan rasmi or tak.. sesuaiiiii

-----------------------


Skirts dan tops
Pemakaian skirts menjadikan penampilan anda kelihatan lebih feminine dan sopan. Gayakan skirts tersebut dengan pemakaian tops atau blouse seperti berikut untuk penampilan yang santai.

p/s: ini pun antara style faveret daku untuk kelihatan lebih casual,,,
klo nak npk formal .. pakai top ala2 blazer cam gambo aku tu... klo x.. pakai blouse biase tuk npk lebih sesuai dipakai untuk event yg santai



Monday, November 2, 2015

BB Cream by Seqy Beauty


kali ni mak yong nak share pasal BB Crean by Seqy Beauty yg hangattt diperkatakan oleh org ramai
ikutkan benornyer time tgh mabuk ni aku mmg laaa x suke bebenor nak apply pape kt muke sebb rasa rimas..rasa terseksaaa kulit.. hahaha... nak tunjuk betapa menyampahnyer aku nak pakai makeup kt muke...

tp dasar bukan cantik semulajadi... klo x apply pape comfirm laaa kalah hantu kak limah tu hah
so atas hasutan dan rasukan beberapa kawan n baca review dr byk blogger sume kt BB Crean by Seqy Beauty ni best

sooo.....

kiter cubelah.. at leastttt tak la kusammm sgt muke kan!!

bukan ape... skrg ni ku mmg mode MAK BIDAN ON LEAVE.. so melepekkkk je kt rumah
tp takkan la aku nak melepek ngan mukeee sememeh jee... tanjat laki balik dr keje.. da xley beza bini ngan langsuirr... hahahaha
so nak xnak ..bio pun x lawo... bio laa kemasssss.... biasenyer ku apply baby johnson je ..nak bajet2 bau baby gitu...tp baby kali ni cam suke plak bedak talkum baby tuh... hahaha...

machiam2 peel merandonggg kali ni....


sebelum kiter reivew produk... kiter tgk dulu ape keistimewaan produk ni...sebb xkan nak main pakai jeee.. mesti kene tau ape yg best n bahan ape yg dia pakai ...



---------------------------------------------------------------


Keistimewaan BB Cream by Seqy Beauty:

-Sesuai untuk semua jenis kulit 
-Menutupi cela di muka 
-Sebagai bedak asas 
-Lebih ringan dari foundation 
-Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit 
-Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF30+) 
-Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya 
-Wajah tidak berminyak sepanjang hari 
-Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga kulit menjadi tetap sihat 
-Melambatkan penuaan 
-Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia 
-Mencegah bintik-bintik hitam

Kandungan BB Cream by Seqy ni adalah:

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol




Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


----------------------------------------------------------



tadaaaaaaaaaaa
setelah 4bulan NAKED FACE
skrg ku dah ade pembantuuuuu
oyehhhh.....kemain kilat idung aku jadinyer
tp muke pun jadi licin!!
hepiiii

TQ BB Cream by Seqy Beauty






Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

Monday, October 26, 2015

selamat menempuh kehamilan kali ke3

lama bersawang
huhu
meh bersihkan sawang

kali ni nak menceritakan tentang kehamilan yg ke 3
huhu
alhamdulilah
masih diberi rezeki merasai pengalaman mengandung sekali lagi
kali ni lebih advanture nampaknyer
yerla ... muntah non stop dr hari 1st tau smp la ke skrg ni... masuk 17w
mmg pecah rekod fayyadh n wafir masa mengandungkan derang hari tu
tp xpelah... nikmat jugak morning sickness n alahan ni
tak semua org jugak rasai
syukurrrrrrrrr
walo melepek kt umah je
satu lg prob aku klo mengandong ni mesti alergik aircond kereta
xley masuk kereta lsg
peninggggg
berpusingggg
muall
n akhirnyer muntah
klo nak ke mana mmg kene standby plastik aka supik
hahaha
klo tak mau aku lepaskan je kt dlm kete


mmg kali ni rehat lama dok kt umah.. sebb kerja ku kene drive ke sana sini..
habes klo dok masuk kete je dah pening..
camne nak kemana2
huhu bertabahlah

nanti la update lg ..
huhu

nak share pregnant kali ni dengan mengamalkan NR produk!
tata titi tutu


Tuesday, August 25, 2015

Fesyen Hijab Style Terkini

Tudung wanita begitu popular di Malaysia ini adalah kerana sebagai sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang tinggi tidak hairanlah untuk melihat banyak wanita berhijab. Budaya pemakaian tudung sudah lama diterapkan oleh kita kerana ianya adalah tuntutan agama buat wanita agar menutup aurat. Oleh itu Muslimah akan memakai tudung atau hijab ketika keluar dari rumah.

Perkembangan trend fesyen Muslimah terkini semakin mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah turut diikuti dengan secara dekat oleh pihak luar. Fesyen Muslimah kini semakin popular di pentas fesyen antarabangsa. Ini mungkin adalah kerana atas hasil usaha mereka yang terlibat dalam mengembangkan gaya fesyen Muslimah ke peringkat global. Para pereka fesyen tempatan turut memainkan peranan penting kerana mereka sentiasa hadir dengan pelbagai jenis koleksi busana Muslimah setiap tahun dan terutamanya ketika menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk dibuat sebagai baju raya.


Antara baju Muslimah yang sering mendapat perhatian ialah baju kurung peplum, jubah Muslimah, baju kurung moden, kaftan, blouse Muslimah, tudung, shawl dan skirt labuh. Semua ini sentiasa mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Aksesori kepala atau headscarf seperti tudung dan shawl sememangnya begitu popular dalam kalangan wanita di Malaysia.

Tudung begitu sinonim dengan Muslimah kerana ianya amat penting buat mereka sebagai salah satu cara untuk mereka menutup aurat di bahagian kepala, rambut dan leher seperti mengikut tuntutan agama. Fesyen hijab style terkini melambangkan kemewahan daripada segi rekaan yang lebih moden dan digabungkan dengan unsur-unsur tradisional mencipta gaya tudung yang lebih stylish dan menarik untuk digayakan. Ianya begitu flexible kerana boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian tradisional dan baju Muslimah moden terkini dengan begitu mudah.



Tuesday, August 4, 2015

hadiah yang rareeee!!!

ekceli ku dah kawan ngan kak masitah dah lama...dari awal dia start bisnes n skrgg dah majuuuuuuuu...

seyeslyyyy...aku sgt kagum hasil kerja kak masitah
kemas, cantik n hasil yg superbbbbbbb

mana yg da boringggg tuk kasi org kek..ley la ubah seleraaaaaaaa

ni aku order tuk bos tersayammm
mulanye kitaorg tkut gak bos x sukee. tp rupe sukeeee...hoyehhhhh

mehhhh cuciii mataa

Thursday, July 30, 2015

SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JEMAAH


kredit sepenuhnya : http://makbedthejournal.blogspot.com/2013/07/susunan-imam-dan-makmum-dalam-solat.html?m=1


SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JEMAAH


Apabila seorang imam bersolat dengan seorang makmum maka caranya ialah makmum itu berada di belakang imam di sebelah kanan.


Apabila datang seorang yang lain, maka hendaklah ia berada di sebelah kiri imam.

Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua makmum merapatkan saf semula.

Sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian makmum yang perama mundur ke belakang untuk menyamakan saf.




Kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila bersolat dengan imam sedangkan dia seorang diri sahaja, maka samalah kedudukannya seperti orang dewasa.







Apabila seorang imam lelaki dan makmumnya perempuan, maka perempuan itu hendaklah berdiri ke kiri sedikit.








Apabila seorang perempuan bersolat di belakang jemaah lelaki, maka perempuan itu hendaklah bersolat di belakang jemaah itu dan ke kiri sedikit











Apabila makmum lelaki berada di belakang saf perempuan, hukumnya makruh.

Apabila makmum seorang sahaja  , adalah makruh berdiri di belakang sebelah kiri imam. 

Apabila makmum berdiri di belakang imam di sebelah kiri semuanya (berat sebelah kiri saja), maka hukumnya makruh.



Semoga maklumat ni buleh membantu. Yang suami-suami tu, jangan segan-segan nak ajak isteri solat jemaah. Kalau tatau posisi solat jemaah, ni Makbed dah bagi dah. 


Sumber: Indah Hidup Bersyariat

 gambaq lukis sniri. tak cantek..


(entry ditulis pada April 29, 2011dan diterbitkan semula)


 Ini untuk solat jemaah yang ada perempuan-perempuan sahaja.

Takde sapa yang berdiri di depan.
Imam muslimah berdiri di tengah-tengah, di kalangan jemaah (barisan pertama).
BUkan macam imam yang muslim, berdiri kat depan makmum. 

 Leh refer sini ek:

wanita berkumpul beramai-ramai menunaikan solat berjemaah, wanita yang menjadi Imam hendaklah berdiri ditengah2 saf, bukan di hadapan, dan tidak boleh mengimami lelaki walaupun mereka itu mahram mereka. Dia boleh membaca dengan kuat seperti mana Imam lelaki membacanya pada keadaan yang memerlukan, selama-mana tiada lelaki melainkan mahramnya dapat mendengar suaranya. 


Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :- 


وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح. 


"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal), iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah" [Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874] 



thanks kepada yg bertanya tu.. :-)